FESTIVAL SENI BUDAYA
ISLAM MABIMS 2006
Tarikh: 15-18 Disember 2006
Tempat: Jakarta, Indonesia
Tema: Kita Tingkatkan Ukhuwah Islamiyah
Tarikh: 15-18 Disember 2006
Tempat: Jakarta, Indonesia
Tema: Kita Tingkatkan Ukhuwah Islamiyah
Oleh: Hj. Abu Bakar bin Hj.
Buyong
KUMPULAN RAYYAN WAKILI NEGARA KE FESTIVAL SENI BUDAYA
ISLAM MABIMS DI JAKARTA, INDONESIA
Jakarta, 15-18
Disember 2006 - Satu program kesenian Islam yang dinamakan Festival Exhibisi Seni Budaya Islam
Negara-Negara Anggota MABIMS iaitu singkatan daripada Pertemuan Tidak
Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan
Singapura, telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Jakarta dengan tema
“Kita Tingkatkan Ukhuwah Islamyah”. Festival yang penuh warna-warni ini telah disertai oleh
kesemua negara anggota MABIMS yang terdiri daripada Brunei Darussalam,
Indonesia, Malaysia dan Singapura. Festival
yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Menteri Agama
Republik Indonesia, Bapak Haji Muhammad Maftuh Basyuni, bertempat di Hotel Sahid
Jaya, Jakarta. Majlis ini juga turut
dihadiri oleh Dirjen Bimas Islam Departemen Agama, Prof. Dr. H. Nasarauddin
Umar, Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia Ustaz Tuan Ismail bin Tuan Abdullah
yang mewakili TYT Duta Besar Malaysia di Indonesia, serta pegawai dan kakitangan
kedutaan daripada Departemen Agama Republik Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia
dan wakil-wakil duta negara-negara anggota.
Malam Gelar Seni
Budaya Islam MABIMS, merupakan acara
kemuncak yang telah diadakan pada hari kedua di Auditorium Besar, Stesen Utama
Pusat Televisyen Republik Indonesia (TVRI) dan acara ini telah disiarkan secara
langsung ke seluruh negara selama dua jam. Turut hadir pada malam
tersebut ialah wakil Menteri Agama Republik
Indonesia, wakil-wakil Duta negara anggota dan ketua delegasi negara anggota
MABIMS. Festival ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila
setiap negara anggota menghantar kumpulan nasyid masing-masing untuk membuat
persembahan dalam festival tersebut. Malaysia telah diwakili oleh Kumpulan Nasyid RAYYAN
DBP, yang dipimpin oleh Hj. Mahzan Manan dan diketuai oleh Hj. Abu Bakar bin
Hj. Buyong. Kumpulan ini dianggotai oleh seramai lapan orang ahli iaitu Encik
Razid Sahran, Encik Abdul Malek Abdullah, Encik Mohd. Fadzli Tajuid, Encik Yahya
Hj. Abu Bakar, Encik Nasaruddin Nasir, Encik Mohd. Rizan Yusof, Encik ‘Azimin
Daud dan Encik Mohd. Zamri Abdul Hamid. Kumpulan Rayyan merupakan Johan dan
penerima hadiah bagi kategori Persembahan Terbaik dalam Festival Nasyid
Peringkat Kebangsaan 1427H/2006M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Dalam festival ini, Kumpulan Rayyan telah mempersembahkan dua buah lagu
iaitu Ilmu Peradaban Ummah, ciptaan Hj. Mahzan Manan, manakala lirik oleh Hj.
Wan Abdul Hamid Wan Teh, dan Perjalanan,
ciptaan Hj. Mahzan Manan, manakala liriknya pula ditulis oleh Hj. Abu Bakar b.
Hj. Buyong. Persembahan kumpulan ini telah mendapat pujian dan tepukan
bergemuruh daripada khalayak penonton. Sesungguhnya Malam Gelar Seni Budaya
Islam MAIBMS berupaya menyatukan citra budaya serumpun di samping
memartabatkan keindahan dan kehalusan seni budaya Islam itu sendiri. Hal ini
dapat dilihat dalam bait-bait puisi dan lirik lagu yang disampaikan oleh setiap
anggota delegasi yang memuji keagungan dan keindahan Yang Maha Esa
dengan gaya persembahan yang menarik dan
kreatif.
Gambar kenangan bersama Atase Agama Kedutaan Besar
Malaysia di Indonesia Ustaz Tuan Ismail Tuan Abdullah nombor 2 dari kiri barisan
belakang
Misi kami
berjaya....
Dalam
atur cara yang disediakan oleh pihak penganjur, Kumpulan Rayyan telah berpeluang
mengunjungi Bahagian Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan diiringi
oleh wakil daripada Departemen Agama iaitu Bapak Drs. H. Kusnindar. Ketibaan
delegasi ini telah disambut oleh Atase Agama Kedutaan Ustaz Tuan Ismail b. Tuan
Abdullah, pegawai dan kakitangan kedutaan. Sepanjang sesi lawatan, Kumpulan
Rayyan telah diberikan taklimat oleh Atase Agama Ustaz Tuan Ismail b. Tuan
Abdullah tentang peranan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, khasnya Bahagian
Agama dalam usaha menjalin hubungan yang baik antara kedua-dua negara khususnya
yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan
tengah hari.
No comments:
Post a Comment