Rayyan

Pages

  • Home
  • Album
  • Pencapaian
  • Photos
  • Video
  • Hubungi Kami
  • Imbasan
  • Rayyan di Aceh
  • Rayyan di Jakarta

Thursday, September 27, 2012

BUAL BICARA DI RADIO SALAM FM

 
Posted by ABBY at 8:17:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Hubungi Kami

Maklumat lanjut sila hubungi kami:
e-mail: myrayyan63@yahoo.com / ujangwrj@yahoo.com
Tel: 013- 3807442

Chatting @ Rayyan

Calendar

Masa akan berlalu....

Muslim Calendar

Pengikut

cari kami di Facebook

cari kami di Facebook

Tasbih Cinta

Tasbih Cinta

Dapatkan yang ORI
Rayyan di Jakarta
klik di sini

RAYYAN (nama pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa)

Kau sinari jiwaku penuh cahaya..Kau sirami hatiku titisan takwa.. Ku susuri jejak-Mu Tuhan Nan Esa..

Selamat Datang...Welcome


widget

RAYYAN

My photo
ABBY
Pengurus Rayyan myrayyan63@yahoo.com ujangwrj@yahoo.com
View my complete profile

Catatan Blog

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (2)
      • ►  Feb 03 (2)
  • ▼  2012 (3)
    • ▼  September (1)
      • ▼  Sep 27 (1)
        • BUAL BICARA DI RADIO SALAM FM
    • ►  August (2)
      • ►  Aug 13 (1)
      • ►  Aug 12 (1)
  • ►  2011 (7)
    • ►  September (1)
      • ►  Sep 04 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 22 (1)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 05 (1)
    • ►  March (3)
      • ►  Mar 30 (1)
      • ►  Mar 28 (1)
      • ►  Mar 20 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 17 (1)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)
      • ►  Dec 20 (1)
      • ►  Dec 17 (3)

Latar Belakang Kumpulan

RAYYAN (nama pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa) merupakan kumpulan vokal lagu-lagu dakwah yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 dibawah nanungan Bahagian Komunikasi Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejak penubuhannya, kumpulan yang dipimpin oleh Tn. Hj. Abu Bakar Buyong (Abby), dan dianggotai oleh Nasarrudin Nasir, Razid Sahran, Mohd Fadzli Tajuid, Mohd Rizan Yusof, dan Mohd Zamri Abdul Hamid telah meraih beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan, antaranya ialah Johan Festival Nasyid Kebangsaan (2006), dan Johan Festival Nasyid Antara Kementerian (2004, 2006) di bawah bimbingan Tn. Haji Mahzan Manan. Selain itu, Rayyan juga telah melakar sejarah tersendiri apabila telah dipilih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mewakili negara dalam Festival Seni Budaya Islam Negara-negara MABIMS 2006 di Jakarta, Indonesia, dan penampilan khas di Festival Seni Qasidah di Aceh, 2010. Berbekalkan beberapa kejayaan dan pengalaman tersebut, Rayyan beriltizam untuk melebarkan bakat seni suara mereka dengan menerbitkan album sulung mereka yang berjudul ‘Tasbih Cinta’. Dengan mengetengahkan konsep pop nasyid/dakwah yang bait-bait liriknya ditulis oleh para sasterawan, Rayyan berharap dapat mewarnai persada seni suara tanah air dengan membawa falsafah “Berhibur Dalam Zikrullah” iaitu berhibur dengan menyampaikan mesej-mesej ketuhanan dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, serta memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui seni lagu.

Antara Anugerah Yang Diterima

Antara Anugerah Yang Diterima
Johan Festival Nasyid antara Kementerian 2004

Johan Keseluruhan Festival Nasyid antara Kementerian 2004

Johan dan Johan Keseluruhan Festival Nasyid Kebangsaan 2006

Perjalanan

Tuhan al-khaliq hanya yang satu
Indahnya taman ciptaan-Mu
Kau singgahkan aku sementara waktu
dipayungi lambayung hidayah-Mu

Aku jejak jalan-Mu Tuhan ku
Tunduk tawaduq keinsafan
Hayati ajaran dan Keagungan-Mu
Jadilah insan suci rohmat Tuhan

Yang Kuasa lindungi dari kesesatan
Beramal sujud keampunan
Mohon kembali dalam syahdu reda' Ilahi
Bawa amal bakti ke alam abadi

Di sini tempat suci yang murni
aku sambut Wahyu Ilahi
Perjalanan penuh onak yang berduri
menuju kamar mahligai Firdausi

Ciptaan: Haji Mahzan Manan
Lirik: ujangkeru

Kau

Kau sinari jiwaku penuh cahaya
Kau sirami hatiku titisan takwa
Ku susuri jejak-Mu Tuhan Nan Esa
Fana diriku dalam segala makna

Kau nyalakan api cinta-Mu
Kau labuhkanku dalam kalimah-Mu
Asyiknya ku seru nama-Mu
Lalu kubangkit menjulang risalah-Mu

Tidak ku undur biar terkubur
Tidak ku ansur biar lebur
Tidak kecundang biar gelombang
Tidak ku tewas biar lelas
Hidup dan mati hanya kerna Kau
Kan ku juangkan segalanya demi Kau

Kau sinari jiwaku penuh cahaya
Kau sirami hatiku titisan takwa
Kau nyalakan api cinta-Mu
Kau labuhkanku dalam kalimah-Mu
Sirna daku sir makrifat-Mu
Aku di dalam Kau, Kau di dalam aku.

Ciptaan: Nick CDRW
Lirik: Ilhami Fatimah


Khazanah

Jika langit ingin dibaca
Dan dihayat thamsilan maya
Biru langit dan hijaunya rimba
Gandingan warna ada iktibarnya

Renda awan pelbagai wajah
Subur rimba pelbagai baka
Dalam paduan terlalu mesra
Kasih yang tauhid perkukuhkan ummah

Batas langit akarnya rahsia
Asas bumi ititik semesta
Datang kita sedetik, pulang kita selama
Anugerah isyarat penuh makna

Khazanah langit amat indah
Terhimpun dalam thamsilan maya
Sedarkah kita akan hikmahnya
Ciptaan Allah Maha Pemurah

Ciptaan: Haji Mahzan Manan
Lirik: SN Datuk A. Samad Said

Petua Nasihat

Kalaulah pandai meniti buih
Selamatlah badan sampai ke seberang
Di dalam hidup banyak rintangan
Orang yang sabar Tuhan kasihan

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Fikir dahulu yang hendak dikata
Jangan turutkan nafsu semata

Kalaulah mandi di hilir-hilir
Bila berkata di bawah-bawah
Hidup di dunia kan terus bergilir
Sehari senang sehari susah...

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Fikir dahulu yang hendak dikata
Jangan turutkan nafsu semata

Ciptaan: Haji Jalidar Abd. Rahim
Lirik: Haji Jalidar Abd. Rahim
Hak Cipta Terpelihara. My Rayyan ENT. 2010. Hasil sentuhan: ABBY. Ethereal theme. Powered by Blogger.