B
|
anda Aceh, Tanggal 12 – 17 Mac 2010, Kumpulan Nasyid Rayyan telah membuat Kunjungan Muhibbah ke Banda Aceh, Indonesia atas undangan Dewan Pimpinan Wilayah Lembaga Seni Qasidah Indonesia (LASQI) provinsi Aceh. Kunjungan muhibbah ini membolehkan Kumpulan Rayyan membuat penampilan dalam Festival Bintang Vokalis Qasidah Gambus Tingkat Provinsi Aceh 2010, yang diadakan setiap dua tahun ini bagi memilih wakil Aceh ke tingkat nasional. Dalam festival kali ini beberapa kategori telah dipertandingkan iaitu, kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan, remaja lelaki dan perempuan, dewasa lelaki dan perempuan.
Festival Bintang Vokalis Qasidah Gambus Tingkat Provinsi Aceh kali ini telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada seluruh masyarakat Aceh dengan penglibatan seramai 83 orang peserta dari 23 kabupaten/kota di Aceh penuh dengan warna warni. Festival kali ini telah dibuka secara rasminya oleh Bapak Wakil Gubernur Aceh pada tanggal 14 Mac 2010, jam 9.00 pagi, bertempat di Anjong Mon Mata, Banda Aceh, Indonesia.

Dalam kunjungan ini, Rayyan telah berjaya memperkenalkan genre nasyid Malaysia kepada masyarakat Aceh yang mempunyai kelainan tersendiri berbanding seni nasyid dan qasidah di Aceh. Kelainan ini jelas dari segi melodi, gubahan muzik dan cara penampilan. Kelainan genre nasyid yang dipertontonkan oleh Rayyan ini, dapat kita membuktikan kepada peminat seni muzik tanah airi bahawa genre nasyid Malaysia dapat diterima oleh masyarakat luar khususnya di peringkat antarabangsa. Selain itu, hal ini juga dapat menjadikan nasyid sebagai antara medium dakwah yang berkesan dan medium untuk mengambangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang boleh diterima oleh masyarakat luar. Kunjungan Rayyan ke Aceh telah merapatkan hubungan antara Malaysia dengan Provinsi Aceh menerusi program kesenian berunsur Islam.

Kapal Tangki yang dihanyutkan oleh ombak tsunami sejauh 7 KM dari pantai